file 1538983079675 google

Proton jual 13,602 unit pada Feb 2024 — perkongsian pasaran 20.5%, Saga terlaris, S70 naik tempat kedua

Proton telah umumkan prestasi jualan bulan Februari 2024 syarikat itu yang mencatatkan angka 13,602 unit. Ini diterjemahkan kepada 5.6% peningkatan berbanding jualan bulan Januari lalu yang merekodkan sebanyak 12,882 unit. Untuk tempoh dua bulan pertama ini, Proton mencatatkan jualan 26,484 unit, 3% lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bagi perkongsian pasaran, Proton menjangkakan akan mencapai 20.5% dan membolehkan syarikat itu mengekalkan kedudukan kedua bagi jualan keseluruhan. Kadar eksport Proton juga meningkat sebanyak 223% kepada 346 unit sepanjang Februari berbanding Januari, sementara jumlah pertumbuhan semasa tahunan ialah 50.5%, dengan 453 unit terjual di pasaran luar.

Bagi pecahan mengikut model pula, Saga terus menjadi penyumbang terbesar, dengan jualan 6,212 unit sepanjang bulan lalu, menjadikannya lima bulan berturut-turut mencatatkan jualan melebihi 6,000 unit. Dengan jualan sebanyak 12,341 unit bagi dua bulan pertama 2024, jualan semasa tahunan Saga kini 10.9% lebih tinggi bagi tempoh sama tahun lalu.

Proton jual 13,602 unit pada Feb 2024 — perkongsian pasaran 20.5%, Saga terlaris, S70 naik tempat kedua

Di tempat kedua ialah sedan S70, dengan 2,314 unit terjual bulan lalu, mencatatkan peningkatan 60.5% daripada 1,442 unit terjual bagi Januari 2024. Dengan jumlah pengeluaran model ini dijangka terus meningkat dalam bulan-bulan ke depan, jualannya juga dijangka akan mengikut corak sama.

Model ketiga terlaris Proton bagi Februari 2024 pula ialah Persona, dengan 1,859 unit terjual. Jualan Iriz pula meningkat sebanyak 3.8% kepada 543 unit, sementara X70 juga mencatatkan jualan lebih baik berbanding Januari dengan 445 unit terjual bulan lalu.

Bagi X90, 374 unit diserahkan bulan lalu, sementara Exora yang kini tidak lagi dikeluarkan dan hanya bergantung kepada stok sedia ada terjual sebanyak 39 unit.

“Proton meneruskan peningkatan positif bagi bulan kedua tahun ini, dengan jualan yang dipacu oleh pasaran domestik dan eksport. Pasaran eksport Proton akan menjadi pertumbuhan penting pada 2024 dan kami juga menjangkakan S70 akan mendominasi segmennya dengan serahan yang terus meningkat dalam bulan mendatang,” jelas CEO Proton Edar, Roslan Abdullah.



file 1538814939353 google

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here