file 1538983079675 google

Hot Wheels lancar siri animasi Let’s Race di Netflix – Bandar Hot Wheel Saiz Sebenar kini di IOI City Mall

Hot Wheels Malaysia hari ini melancarkan siri animasi Hot Wheels Let’s Race terbitan Mattel Television Studios yang kini sudah boleh distrim menerusi aplikasi Netflix. Serentak dengan pelancaran siri animasi itu, Hot Wheels Malaysia turut membuka satu “Bandar Hot Wheels saiz sebenar” di ruang legar IOI City Mall bermula 5 hingga 10 Mac 2023 yang menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh peminatnya.

Acara perasmian tersebut dihadiri oleh tiga orang pempengaruh dari dunia automotif iaitu pelumba profesional Prince of Drift Tengku Djan Ley, pengasas acara gaya hidup Art of Speed Asep Ahmad, dan juga pelumba kart muda Katrina Ee.

Hot Wheels Let’s Race ini merupakan animasi penuh komedi untuk kanak-kanak, mengisahkan sekumpulan pelumba generasi baharu yang menyertai kem perlumbaan. Dalam animasi tersebut, Hot Wheels bukan sahaja menampilkan kereta-kereta fantasi yang selama ini hanya wujud sebagai kereta mainan, malah ia turut beraksi di litar-litar yang diinspirasikan dari set-set permainan Hot Wheels.

“Kami sentiasa berusaha untuk mendekati peminat-peminat kami dari pelbagai lapisan umur dengan cara yang menyeronokkan dengan harapan dapat menyemarakkan dan memupuk semangat bersaing yang terpendam dalam diri mereka dan membantu mereka mencapai potensi diri mereka yang sebenar,” kata Murat Ariksoy, pengurus besar Mattel Asia Selatan.

“Kami berharap semua peminat ternanti-nanti akan kemunculan babak-babak yang penuh aksi dan perlumbaan yang mencemaskan menjadi kenyataan”, tambahnya lagi.

Selain dari bermain di Bandar Hot Wheels yang disediakan, set-set permainan yang muncul dalam siri animasi tersebut turut dijual semasa acara ini diadakan. Antaranya seperti Hot Wheels Ultimate T-Rex Transporter, Hot Wheels Ultimate Garage, Hot Wheels City Downtown dan banyak lagi.

Promosi hadiah-melalui-pembelian edisi terhad turut ditawarkan ketika acara ini berlangsung, yang menawarkan hadiah percuma seperti Hot Wheels Short Card Blister, Hot Wheels Limited Edition Carry Case, Hot Wheels Collector Nissan Silvia dan pelbagai lagi.

Aktiviti-aktiviti yang disediakan turut menawarkan hadiah kepada mereka yang menyertainya dengan cara mengumpul cop pada setiap stesen aktiviti. Selain itu acara ini turut menjadi gelanggang kepada pusingan akhir Kejuaraan Perlumbaan Ultimate Hot Wheels.

Peringkat kelayakan bagi perlumbaan ini sudahpun bermula 15 Februari hingga 3 Mac lalu di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara. Pertandingan akhir bagi kejuaraan ini akan berlangsung pada 9 Mac, manakala kejuaraan bagi kategori terbuka akan diadakan pada 10 Mac.

Manakala untuk pengumpul Hot Wheels, anda mungkin boleh mencuba nasib untuk mendapatkan model-model mainline terbaharu menerusi sesi Hot Wheels Basic Unboxing yang diadakan setiap hari bermula 5 hingga 10 Mac. Beberapa set model pengumpul turut boleh dibeli ketika acara ini berlangsung.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



file 1538814939353 google

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here