file 1538983079675 google

Chery Omoda E5 dilancar di M’sia – 204 PS/340 Nm, bateri 61 kWj, jarak gerak 430 km; harga dari RM147k

Selepas beberapa kali membuat tontonan di khalayak ramai sejak November tahun lalu, akhirnya Chery Omoda E5 dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. SUV elektrik penuh segmen-B ini ditawarkan pada harga atas jalan bermula RM146,800. Tempahannya juga telah dibuka dan sudah berada di bilik pameran sejak 24 Februari lalu.

Menerusi majlis pelancarannya petang ini, Presiden Chery Malaysia, Leo Chen mengumumkan bahawa Omoda E5 akan menjadi kenderaan elektrik China pertama yang akan dipasang (CKD) di Malaysia dijangka bermula suku kedua tahun ini. Bermakna model import sepenuhnya (CBU) yang akan ditawarkan terlebih dahulu, sementara menanti ‘kelahiran’ versi CKD.

Omoda E5 dijanakan oleh motor elektrik pemasangan hadapan dengan kuasa 204 PS (201 hp atau 150 kW) dan tork 340 Nm, yang mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 7.6 saat. Motor elektrik tersebut dijanakan oleh bateri lithium logam fosfat (LFP) berkapasiti 61 kWj. Ia membolehkan SUV EV ini bergerak sejauh 430 km mengikut kitaran ujian WLTP.

Menurut Chery, penggunaan kuasanya sekitar 14.5 kWh bagi setiap 100 km. Selain itu, EV ini menyokong pengecasan AC maksimum 9.9 kW serta pengecas pantas DC sehingga 80 kW yang boleh mencapai tahap 30-80% dalam 28 minit. Ia juga boleh berfungsi sebagai “powerbank bergerak” untuk membolehkan pelbagai peralatan elektrik beroperasi menerusi sistem V2L 3.3 kW.

Chery Omoda E5 dilancar di M’sia – 204 PS/340 Nm, bateri 61 kWj, jarak gerak 430 km; harga dari RM147k

Dengan panjang 4,420 mm, lebar 1,830 mm, tinggi 1,588 mm dan jarak roda 2630mm, ia menyediakan ruang yang mencukupi untuk penumpang dan kargo. Kapasiti bagasi yang besar 483L memberikan banyak ruang penyimpanan barangan. Omoda E5 juga memiliki jarak kelegaan tanah mencecah 145 mm menjadikannya lebih praktikaliti.

Untuk imejnya, Omoda E5 tidak diberikan gril utama ikonik seperti Omoda 5 kerana ia tidak memerlukan unit radiator, tetapi digantikan dengan satu bar hitam berkilat yang bersambung dengan kemasan lampu nyalaan siang LED. Bahagian hadapannya juga menempatkan soket plug untuk mengecas SUV EV ini, disorokkan dengan penutup pada bahagian tengah muka, selain lampu utama LED automatik berbentuk tirus dengan fungsi ‘Follow Me Home’.

Namun ia juga masih diberikan liang udara dengan penutup aktif pada bahagian bampar yang tertutup dalam keadaan biasa bagi meminimakan kesan seretan udara, dan dibuka secara automatik bagi menyejukkan motor elektrik ketika ia dipandu laju. Omoda E5 ini juga diberikan rim aloi 18-inci dengan rekaan yang lebih tertutup dan aerodinamik serta rekaan diffuser bawah bampar belakang yang lebih ringkas tanpa perumah untuk tip ekzos.

Berbanding Omoda E versi enjin pembakaran dalaman, Omoda EV tampil dengan rekaan kabin yang jelas berbeza pada bahagian konsol terowong. Di mana versi EV ini tidak menampilkan tombol gear konvensional, membolehkan bahagian tersebut diberikan ruang storan lebih banyak dan nampak lebih ringkas.

Chery Omoda E5 dilancar di M’sia – 204 PS/340 Nm, bateri 61 kWj, jarak gerak 430 km; harga dari RM147k

Manakala untuk memilih bergerak ke hadapan, mengundur atau parkir, pemandu disediakan dengan suis tangkai yang diletakkan pada konsol stereng ala-tuil gear Mercedes-Benz. Selain itu ia diberikan upholstery kulit dengan dua pilihan rona iaitu hitam dan kombinasi biru-beige, unit utama skrin 2K HD lengkung 24.6-inci dan menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Ia juga diberikan bumbung suria, dua zon bagi pendingin hawa dengan corong untuk tempat duduk belakang dan penapis udara PM 2.5, sistem bunyi premium Sony dengan lapan pembesar suara, roda stereng balutan kulit, pengecas tanpa wayar 50W dengan sistem penyejukan aktif yang berkesan mengurangkan suhu telefon semasa dalam proses pengecasan dan Qualcomm 8155 system on chip (SoC).

Dan satu perincian yang agak menarik, Omoda E5 ini tidak diberikan butang pemula seperti butang penghidup enjin pada model Omoda 5 – pemandu hanya perlu meletakkan kunci dalan poket, tekan pedal brek dan SUV ini sudah boleh dipandu. Selesai memandu, pemandu hanya perlu meletakkan gear pada posisi ‘P’ dan terus keluar dari kenderaan.

Bagi aspek bantuan pemandu dan keselamatan, ia dilengkapi dengan ADAS 2.5 yang terdiri daripada Front Collision Warning (FCW), Autonomous Emergency Braking (AEB), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Warning (LDW), Multi Collision Brake (MCB) dan Traffic Jam Assistant (TJA)

Ia juga diberikan Door Open Warning (DOW), Rear Cross Traffic Braking (RCTB), Integrated Cruise Assist (ICA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Rear Collision Warning (RCW), Lane Change Assist (LCA), Lane Departure Prevention (LDP), Driving Monitoring System (DMS), Blind-spot Detection (BSD), Emergency Lane Keeping (ELK) dan Departure Reminder.

Selain itu, ia turut diberikan enam beg udara, ABS, EBD, sistem bantuan brek, program kestabilan elektronik, sistem kawalan cengkaman, kawalan bantuan mula mendaki, sistem pemantauan tekanan tayar, pengesan parkir belakang dan kamera panoramik HD.

Omoda E5 ditawarkan dalam warna Aqua Green, Khaki White, Phantom Grey, dan Dark Black. Pembelian SUV EV ini juga diberikan waranti kenderaan tujuh-tahun/150,000 km, waranti bateri lapan-tahun/160,000 km dan waranti unit pemanduan lapan-tahun/160,000 km yang meliputi Kuasa Motor (Power Motor), Unit Kawalan Kuasa Motor (Power Motor Control Unit), Pengurusan Sistem Kuasa Bateri (Power Battery Management System) dan Unit Kuasa Kenderaan (Vehicle’s Control Unit).

Chery Malaysia juga menawarkan pertukaran bateri satu-dengan-satu jika tahap kondisi bateri jatuh di bawah 70% semasa tempoh jaminan (tertaklum pada terma dan syarat). Untuk 2,000 unit tempahan pertama, pembeli akan menerima Wall box charger, V2L (Vehicle-to-Load) Charger dan kredit cas bernilai RM1,000 di rangkaian pengecas EVC.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



file 1538814939353 google

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here